Isnin, 19 September 2011

Bolehkah sokong BN bukan calon kaki gomo


Ahli BN  diingatkan sokong parti bukan calon yang bertanding untuk merampas kembali negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat pada PRU yang hanya tinggal beberapa bulan lagi harus diambil perhatian sebagai  teras  untuk Berjaya mengembalikkan kuasa BN di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang
Ini juga bermakna jawatan yang dipegan oleh pemimpin-pemimpin BN dalam mana-mana bahagian dalam negeri yang dikuasai pembangkang  harus tersentak  dari lamunan untuk menjadi calon pada PRU 13 nanti, jika usaha atau berkerja untuk rakyat  seperti lepas batuk ditangga
Satu pekara yang perlu difikirkan oleh pucuk pemimpin parti BN ,bagaimana jika yang benar-benar berkerja kuat dan diterima oleh masyarakat tidak terpilih disebabkan kuasa melobi  sesetengah orang yang berkeinginan menjadi calon PRU 13 lebih hebat dari yang sepatutnya layak
Jika kuasa melobi  benar-benar berlaku sudah pasti pembangkang  tak perlu berkerja keras  untuk menggekalkan talukkan mereka.Sudah pasti ahli-ahli parti  dan pengundi BN yang kecewa akan  melakukan sesuatu yang tidak terduga oleh sesiapa dan setidak-tidaknya mereka tidak keluar mengundi
Siapa tidak kecewa jika rumah yang dibina dengan segala kudrat yang disokong  bila sudah siap orang lain mendiaminya dengan selesa tampa mengeluarkan peluh malah tampa membayar sewa sesenpun
Dengan kebijakkan Perdana Menteri  1Malaysia  diharap tidak berlaku soal politk rimba yang berteras siapa kuat dia dapat, sedangkan yang kuat bersendirian dipenjuru rimba manakala yang lemah dikerumuni setiap masa oleh rakyat jelata
Tidak dinafikkan kuasa melobi dan bijak mempengaruhi  seseorang demi kepentingan sendiri memainkan peranan penting.Jika orang yang dipengaruhi tidak memiliki karisma untuk menilai dengan lebih teliti terhadap mana-mana  orang yang ada kepentingan sudah pasti akan tersungkur dengan pujuk rayu,manakala mutunya   kosong   malah tidak standing walaupun dengan ketua kampung
Inilah yang dibimbangi oleh seluruh rakyat Malaysia dan jika benar berlaku sudah pasti angka 13 di  PRU nanti di baldikkan oleh pembangkang  semudah mencedok air  di sungai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan