Rabu, 7 September 2011

Pemimpin umno harus bersedia hadapi kritikan blogger kaki gomo

Wah wah wah -pagi-pagi lagi aku menerima berita kritikan seorang penulis blog yang tidak dibayar terhadap ketua pemuda umno bahagian Shah Alam

Katanya :ketua pemuda UMNO Bahagian Shah Alam sedang mengarahkan orang-orangnya mengenal pasti siapa penulis blog yang mengkritiknya

Untuk Ketua Pemuda yang kena balun ,ia harus melihat sebab-sebab mengapa dan kenapa dirinnya dikritik,adakah kerana peribadi,jika peribadi ubah sikap dari tinggi diri kepada yang lebih rendah,kalau tak dapat lebih rendah ,berdiri dan duduk haruslah sama dengan orang lain

Jika kita mengharap orang lain mengenang budi,diri mestilah berbudi,andainya perjuangan mahu berbalas budi,diri juga harus berbalas budi,kerana setiap yang lahir ini telah ditinggalkan kata-kata pusaka,orang berbudi kita berbahasa ,orang memberi kita merasa

Tinggalkan sikap mahu budi orang lain,tinggalkan sikap mahu rasa hak orang lain jika benar mahu  kepimpinan anda tidak dikritik dan amalkan sikap  Berbudi,Berbalas budi,Mengenang budi barulah anda ada pengikut

Satu lagi pekara yang boleh aku ambil kira dari kata-kata pengadu,katanya:Kenapa Hj Azmir ada pengikut sedangkan dia bukan ketua Pemuda?
soalan ini aku jawab:kerana Hj Azmir mengamalkan slogan Berbudi ,Berbalas budi dan Mengenang  budi,manakala corak KP Shah   Alam jauh ketinggalan di teluk dan pulau yang tidak berpenghuni sedangkan KP Shah Alam ada kapal di laut gedung didarat,namun tidak pada Hj Azmir Mohd Zin-pengadu bersetuju dan aku yakin  ramai yang bersetuju dengan aku

Satu pekara lagi yang aku perlu sampaikan kepada semua pembaca apa yang sampai pada telinga pada hari ini ,yang mana ada sekumpulan anak muda sedang berusaha untuk menggumpul penulis-penulis blog vokal yang berani mengkritik corak kepimpinan umno Selangor,para blogger ini datangnya dari seluruh pelusuk Selangor.kata sumber: blogger yang dimaksudkan ini adalah satu klompok yang geram dan rela menulis walaupun tampa di bayar demi  menangkis retorik umno yang beriya-iya mahu menawan Selangor sedangkan kerja masih cikai

Pandangan peribadi aku..tak perlu Seluruh pelusuk Selangor untuk mengkritik umno,cukuplah 3 dan empat asalkan bersungguh-sungguh..Pasti anda di kecam dan di cari

Sumber maklumat tepat..

1 ulasan: