Khairy harus melihat yang mana lebih penting antara berdebat dengan PAS dan membaiki kelemahan pemuda umno yang rata-rata seperti pupus semangat perjuangannya
Jangan bercerita mahu menawan negeri-negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat kalau berjuangan hanya dihujung lidah dipentas ceramah dan didada akhbar namun, turun gelangan untuk melihat pengikut sedang bersilat jarang sekali hanya menerima khabar maklumat yang indah-indah seumpama mimpi dalam mimpi
Hebat macam mana kereta lumba ia tidak berkesan kalau driver tidak profesional, manakala ucapan hebat menjadi retorik dan sampah yang dibuang pada longkang
Takkan tak dapat jadi menteri perjuangan yang berkobar-kobar di zaman Pak Lah hilang begitu sahaja,jika ia benar,sahlah buah yang manis dahulu bukan dari hasil pokok yang ditanam sendiri malah ia tidak lebih seperti dedalu yang menumpang didahan,bila dahan patah ia pun ikut jatuh
Dimana kecekalan hati perjuangan Khairy sebenarnya sehingga dilihat pemuda UMNO tidak menyenggat,manakala gigitan tidak melukai musuh hanya sekadar mengeli malah diketawa oleh pihak lawan sentiasa
Berubahlah kalau anda tidak mahu rebah,kerana PRU 13 hanya beberapa bulan lagi , jika dilihat perjuangan pemuda,kekalahan Selangor pada PR akan berulang kerana Puteri UMNO juga tidak lihat gah walaupun ketuanya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari titik noktah dan sinar,namun sinar harapan kurang memancar seperti mentari terbit pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan