Pergerakan
Pemuda UMNO Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Pelakon
filem ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk
Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid berkata, laporan polis ini dibuat kerana
tindakan Azmil yang berceramah di dalam Masjid An Nur Kg Melayu Subang malam
tadi dengan ceramah politik berbaur hasutan yang keterlaluan.
“Dalam ceramahnya, Azmil secara tidak
bertanggungjawab menuduh kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah
kerajaan yang ada pada hari ini mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah
yang berpendidikan Islam
“Pada masa yang sama, dia mempertikai Perlembagaan
Persekutuan, Rukun Negara di mana dia mahu Keluhuran Perlembagaan ditukar
kepada Keluhuran Al-Quran Nur Karim,” ujarnya selepas membuat laporan polis
pagi tadi.
Tambahnya, dalam ceramah Azmil malam tadi turut
menyebut tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang DiPertuan Agong, sebaliknya
yang perlu diagungkan hanya tuhan sahaja.
“Kita sedih bila Azmil yang telah berubah dari
‘Ali Setan’ tapi meneruskan budaya ‘setan’ yang menghasut, menabur fitnah dan
memecahkan umat Islam dengan ceramah tidak bertanggungjawabnya, walaupun di
bulan Ramadhan yang mulia ini.
“Kita juga kesal dengan tindakannya yang berulang
kalia menyebut “Melayu Bodoh” dan tidak ada ‘telor’. Apa tujuannya dia sebut
perkara tersebut, adakah dia terlupa dia juga bangsa Melayu yang telah mendapat
keistimewaan sebagai orang Melayu yang beragama Islam,” katanya yang juga
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.
Dalam masa yang sama, dia melabelkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) sebagai Dasar Ekonomi Bodoh.
“Dia turut mempertikaikan dan mempersoalkan
pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan Paul Pope (paderi
Kristian) baru-baru ini.
“Tindakan Azmil itu ditegur salah seorang jemaah
(Tuan Haji Keman) namun Azmil dengan bongkak dan angkuhnya menyatakan segala
ibadah menunaikan haji dan membayar zakat Tuan Haji Keman adalah sia-sia
belaka.” tambahnya.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan kejadian
tersebut beliau turut mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat
dan mengambil tindakan tegas terhadap Azmil yang jelas ceramahnya menghasut
serta bertujuan memecah belahkan masyarakat selain engkar perintah DYMM Sultan
Selangor supaya tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan