Pembangkang Juga Raksaksa
Memakan Bangkai
Keris
Jentayu-Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu Malaysia.pertama-tama
marilah kita bersyukur kepada Allah swt,kerana dengan kemurahan-Nya memberi
segala nikmat kepada makhluk-Nya,Solawat dan salam keatas junjungan besar nabi
Muhammad saw
Dalam
meniti kehidupan yang serba mencabar ini,manusia tidak dapat bertahan dengan
berbagai cobaan,baik dari kedudukkan,harta benda,yang sering dikejar oleh hawa
nafsu yang sering menyelimuti diri,kerana ini umat islam hari ini tidak mahu
menoleh sedikitpun kepada hari yang telah berlalu,padahal yang berlalu itu
adalah sejarah walaupun ia tidak di bukukan sebagai rujukkan,apa yang
perlu dinggat oleh umat hari ini .setiap apa yang kita lakukan hari ini akan
dibaca oleh anak cucu kita melalui kesan-kesan kelakauan dan perangai
orang-orang terdahulu sebagaimana kita menyanjung pemimpin-pemimpin di era
nenek moyang kita
Hari
ini kita telah dihidangkan dengan berbagai kerenah dari pemimpin sehinggalah
serendah-rendah kedudukan dalam masyarakat,ini semua berlaku bukan kerana
lain,melainkan kuasa dan harta
Hari
ini Keris Jentayu di aju satu soalan ,kenapa orang islam hari ini
berpecah dan sanggup mempertahankan orang bukan Islam dari mempertahankan
orang yang berakidah yang sama?
Tulisan
kali ini Keris Jentayu ingin menceritakkan bilakkah perpecahan umat islam
berlaku? Dan persoalan mengapa orang islam sanggup memepertahankan orang bukan
islam,rasanya Keris Jentayu akan buat artikel lain.Kali ini Keris Jentayu cuba
buka sedikit sejarah silam di zaman kewafatan Nabi Muhammad saw
Berlakunya
perpecahan pada umat Islam ia bermula sebaik kewafatan Rasulullah SAW,Bila ada
pihak-pihak yang menolak kepemimpinan Khalifah Abu Bakar .disinilah bermula
kenampakan belang-belang penetangan sehingga ada yang kembali kepada anutan
nenak moyang iatu murtad
Harsus
di ketahui ! bahawa manusia mampu dikuasai oleh sayaitan pada bila-bila
masa,samada berdiri dan duduknya diri kita ini,kecuali mereka yang benar benar
taqwa dengan segala suruhan Allah dan rasullnya
Oleh
itu tidak melencong dari akidah, jika Keris Jentayu mengatakan,Selagimana diri
kita yang mengaku beriman kepada Alllah,namum kebersihan jiwa tidak dititik
berat sebagai mana kehandak pegangan islam,ia tetap akan menyeleweng dan selagi
itulah manusia mampu dikuasai syaitan,dengan sendirinya
perpecahan tetap berlaku.
Sebagaimana
yang diketahui umum Syaitan berjanji memporak-perandakan seluruh keturunan Adam
agar melakukan kemusnahan dan kerosakan di muka bumi akibat perpecahan.
Rasulullah
SAW pernah memperkatakan mengenai perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis
diriwayatkan Tirmizi bermaksud: “Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan
orang Nasrani juga berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73
golongan.” Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan akan memasuki syurga,
sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka.
Renungilah
hadis diatas,hari ini umat islam masih berpecah belah dengan menyibukkan diri
untuk mempertahankan kuasa yang ada dalam politik duniawi, biarpun ukhrawi dan
duniawi disuruh seiringan namun ada pula yang tidak sanggup mempertahankan
kebenaran sehingga sanggup pula dipecat dari kedudukkan yang mereka
sandang,inilah sebenar kuasa kebendaan telah meresapi jiwa-jiwa anak turun Adam
sejak dari dulu lagi .Golongan yang di sebut dalam hadis itu golangan masuk
syurga hanya ada satu,tetapi tahukkah umat islam hari ini mereka berdiri
dilandasan yang mana.kalau faham mengapa berpecah belah???
Akhirnya
timbulah suku sakat,puak yang mengaku perjuangan mereka lebih islam dari yang
lain,padahal pemandangan mata kasar dari orang yang berfikir,dalam suku sakat
dan puak tersebut juga berpecah belah,dan ahli keluarga terdekat dan jauh, tak
mustahil ada yang berkerja dipermis-permis jual arak,namun mereka sibuk dengan
rakyat 28.3 juta dinegara ini,Apakah mereka faham yang mana dahulu mesti diperbetulkan.Adakah
yang dekat dahulu atau yang jauh dahulu patut diperbetulkan? Kalau
pakaian,mestilah yang dipakai sendiri itulah perlu dijahit dahulu koyaknya.
“Kerana
munafik itu tidak terkecuali kepada siapa mereka”
Inilah
akibatnya jika tidak mahu bersatu diatas bendera kalimah tauhid,sebaliknya
menyibukkan diri mengajak orang lain bersatu diatas bendera politik duniawi
yang kian caca marba
Faktor
utama menyebabkan perpecahan umat Islam ialah perebutan kuasa pemerintahan.
Islam agama universal yang mementingkan perpaduan berdasarkan kepada satu
matlamat iaitu mencari keredaan Allah.bukan mecari matlamat yang boleh
menghalalkan cara
Firman
Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 92 bermaksud: “Sesungguhnya (agama Islam) ini
adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah
Aku.”
Allah
dan Rasul-Nya tidak reda kepada sebarang bentuk perpecahan. Banyak ayat
al-Quran dan sunnah yang menyebut mengenai pentingnya menjaga perpaduan ummah
dan mengelak sebarang perpecahan.
Menolak
perpaduan dibawa oleh Islam samalah seperti menolak rahmat Allah. Allah
menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada mereka yang mementingkan
ikatan persaudaraan dan menjauhkan persengketaan.
Islam
yang dibawa oleh Rasulullah SAW mengambil pendekatan menyatukan seluruh puak
dan keturunan dengan satu piagam seluruh umat Islam adalah bersaudara.
Hubungan
dengan bukan Islam yang tidak memusuhi Islam dihormati sebagai jiran, rakan dan
rakyat yang tetap mendapat hak mereka.
Manakala
berhubung rapat dengan orang-orang bukan islam yang sentiasa mengoda anak-anak
umat islam agar terppedaya dengan kemurtadan pula sanggup dipertahankan,
sehingga dibekas yang sama sanggup pula buat kenduri dengan kehandak
masing-masing
Hari
ini berlaku kepincangan demi kepincangan dalam pentadbiran kerajaan,namun ia
boleh diperbetulkan jika mahu sama-sama perbetulkan,sayang seribu kali sayang
,'kempulan yang Nampak kepincangan ini bukan untuk perbetulkan sebaliknya
mereka mengambil kesempatan menunjulkan diri dengan sikap tidak puas hati
atau merasakkan mereka lebih baik dari yang mentadbir Negara sekarang
untuk berkuasa,padahal mereka juga raksasa yang memakan bangkai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan