ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan
kepada Islam.
Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri
pergi kerumahnya di Kuala
Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami
menyambut hari lahirnya. Pada
saya ada menerima tempahan sate (En.Kamaruddin berniaga sate
di Pekan Kampar, Perak) ,
jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu.
Kami pergi dua minggu selepas
itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami
dapati rumahnya berkunci,
telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan
saya memang ada kunci
spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih
kurang jam 6.00 petang. Dia
pulang bersama seorang lelak India. Dia terkejut melihat
kedatangan kami dan saya
sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama
seorang lelaki. Memang
sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia
menyatakan yang dia telah ada
seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus
datang
meminang. Setelah
melihat keadaannya, baru terlintas di fikiran saya kawan yang
dimaksudkan ialah lelaki India tersebut. Walaupun kami
datang setiap bulan ,kami tidak
dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri
menyembunyikannya dari
pengetahuan kami. Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina
"Siapa yang kamu bawa
ini?" Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India
itulah teman lelakinya . Sebaik
saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila
dia ingin memeluk Islam
jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan
surat-surat di antaranya
surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakakan
bahawa dirinya tidak
mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada
Nivashiny Rajeswaran dan
surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996 .
Saya mempertikaikan surat
sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa)
boleh mengesahkan apa saja
kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.
Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan
dia tidak mempraktikkan
ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang
zaman tempoh dia tinggal
bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,
sepanjang zaman persekolahannya
saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak
mempraktikkan Islam
walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku
perkara ini barulah saya
tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah
yang sama dengan Hartina dan
tinggal di Mambang di Awan, Kampar. Memanglah di sekolah
Hartina ramai kawan lelaki
tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman
sekolah memang banyak
bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki
itu bekerja di Public Bank
di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka
berkawan yang hairannya kami
tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka. Bermakna
sepanjang tempoh berulang
dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat
hidu. Sedangkan pada
hari Raya Puasa tahun
1996 iaitu pada 21 Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami
sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu
dia telah berkawan dengan
lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya,
bagaimana kami tidak
mengetahuinya langsung?.
Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka
pada 6.00 petang, kami
telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30
malam. Keadaan menjadi
tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk
tidak menukar agamanya dan
mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula
memegang hand-phone sambil
mendail nombor. Tidak lama kemudian seorang demi seorang
kawan-kawannya tiba di rumah
itu . Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama
isteri. Yang menghairankan saya
Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin
Hartina masih Islam tetapi
telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak
mempraktikkan lagi agama
Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah
menukar namanya dari Hartina
kepada Nivashiny Rajeswaran. Dalam peraturan perkahwinan
India , seseorang yang masih
bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.
Oleh sebab itu Hartina
menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat
pendaftaran
perkahwinan. Saya
yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996 untuk
menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26
haribulan sedangkan pendaftaran
perkahwinan telah di buat pada 24 Mac 1996 ini bermakna saya
telah terlewat dua hari.
Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia
telah menjadi isteri orang.
Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut ,baru lelaki itu
berani menunjukkan segala
dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya
terkejut, jantung saya
berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.
Ditambah dengan kejadian hari
itu saya benar-benar terkejut. Saya bersama isteri
berpandangan sendiri. Apa yang
boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja.
Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan
polis . Kami terus ke
balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu
tidak diterima kerana
polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
menyedihkan polis itu juga orang
Melayu dan urusan pendaftaran perkahwinan dan tukar nama
sebelum ini semua
dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa
saya dapat mengadu ?.
Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam
Wilayah (JAWI) mengatakan
anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27 Mac 1996 (sehari
selepas itu) saya membuat
laporan polis. Selepas membuat laporan polis ,saya dan
isteri pulang ke rumah ,kami
tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak
pulang ke rumah pada malam
itu. Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah
Persekutuan tetapi tiada
sebarang tindakan yang diambil.
Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya
telah menemui pegawai
Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya,
saya kata kepadanya "
Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya
sebab di dalam kad
pengenalannya tecatat alamat saya ,kenapa Tuan tidak
memaklumkan kepada saya?. " Dia
kata yang pihaknya telah memaklumkan kepada Pejabat Agama
Islam Wilayah . Bila saya
semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima
apa-apa laporan daripada
Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya
telah berulang-alik
kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas
Hartina mahupun lelaki
India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang
ke rumah di Sri Sentosa
itu.
Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut
sama berada pada malam 26 Mac
itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. Saya
meminta bantuan polis
mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman
lelakinya tinggal. Lelaki yang
bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan
telah menunjukkan tempat
tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya
menangkap mereka. Keadaan
Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap
dengan saya. Ketika itu
saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang
sebelah pihak lelaki India
itu ramai, saya membatalkan niat saya. Saya hairan kenapa
Hartina langsung tidak
mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan
perangainya benar-benar berubah.
Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi
bagaimana dengan ibu yang telah
mengandungkannya? Selepas itu saya telah membawa Hartina ke
Pulau Pinang dan tinggal
bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya
di Perak
telah menelefon saya
mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi
meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak
lelaki telah mengedarkan
kad jemputan kahwin kepada kaum India. Sebaik sahaja
mendapat berita itu, saya terus
sahaja bertolak ke Perak. Setibanya saya di Perak, saya
terus membuat aduan kepada
Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April
1996 pihak lelaki India
itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14 April,
kira-kira pukul 12.00 tengah
malam , Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan
berjaya menangkap Hartina dan
menahannya di Balai Polis Ipoh. Keesokannya Hartina dibawa
ke Mahkamah Syariah untuk
mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai
tempoh seminggu saya
mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak
yang mereka ingin
menyerahkan Hartina kepada saya.
Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina
kepada kawan adik ipar saya
yang berada di Kelantan. Jadi pada 20 April 1996 dengan
bantuan Jabatan Agama Islam
Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami
menetap di sana sehingga 1 Mei
1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu bahawa pihak
lelaki telah menyaman Jabatan
Agama Islam Perak kerana telah memalukan mereka di atas
pembatalan majlis perkahwinan
mereka. Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat
surat sumpah daripada
Hartina . Pada 31 April , kami terus membawa Hartina ke
Pejabat Agama Islam Kelantan.
Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan
kembali mengucap dua kalimah
syahadah di hadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan
satu surat pengesahan
mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali.
Surat itu kami hantar ke
Kuala Lumpur. Bermakna kami telah menang atas tuduhan
mencolek Hartina. Rupa-rupanya
ia tidak berhenti setakat itu. Selepas itu sampai lagi satu
surat
saman malu daripada
si lelaki. Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak
30 juta daripada Kerajaan Negeri Perak, Polis, Majlis Agama
Islam Perak dan Jabatan
Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis
makan malam meraikan
perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati
dan terus mencari alasan
untuk merampas Hartina daripada kami.
Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran
Petaling Jaya untuk proses
penukaran kembali nama kepada Hartina di atas
persetujuannya. Setelah segala- galanya
selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke
Pulau Pinang. Di Pulau
Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul
dengan saudara mara seperti
biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat
saman daripada si lelaki
mengatakan kami telah menculik isterinya. Saya membawa
Hartina ke Mahkamah Pulau
Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah
afidavit tertuduh jadi
kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.
Pada 9 Mei 1996 saya bersama
anak saudara saya (Borhan) telah pergi ke Kuala Lumpur untuk
mendapatkan peguam. Saya
berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di Batu
Caves untuk menguruskannya.
Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang
mengatakan Hartina telah tiada.
Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa
.Kemudian
saya terus ke Shah
Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai
polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan
daripada Hartina yang
mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di
Pulau Pinang secara sukarela
.Saya tidak boleh berbuat apa-apa . Ketika itu tidak dapat
dinyatakan bagaimana
perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan
badan yang sudah uzur, saya
terpaksa melalui segalanya seorang diri. Saya tinggalkan
rumah dan perniagaan saya
berbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan,
Pulau Pinang, Kuala
Lumpur dan Shah Alam. Walaubagaimana banyak laporan yang
saya lakukan , tiada langsung
tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki
India itu oleh pihak
berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya
dan lelaki itu berada.
Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip
mereka . Empat minggu kawan
saya mencari ,minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu
memerlukan masa yang agak lama
kerana dia menguruskannya seorang diri , tambahan pula dia
bekerja di waktu siang.
Menurut rakan saya ini, Hartina dan lelaki India itu menetap
di Taman Medan, Jalan
Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai
Polis Shah Alam dan mengadu
ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat tidak berpuashati kerana
polis tidak mahu
bertindak. Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM)
, Pusat Islam. Mereka
menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan
yang saya buat, saya
mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak
saya. Mereka telah
menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu
rumah itu. Pada 5 Sept 1996
kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat
Islam, dua orang Pegawai
Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah
tersebut. Kami meminta
kebenaran masuk,
setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.
Bila mendapat keterangan diri, baru saya mendapat tahu
Hartina telah menukar kembali
namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia
menukar namanya kepada nama
Hindu buat pertama kali , pada 30 April 1996 saya menukarkan
pula nama Hindunya kepada
nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan namanya
kembali kenama Hindu .
Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya di
Pulau Pinang pada 9 Mei 1996
hanya pada 27 Mei 1996 dia menukar kembali namanya ke nama
Hindunya. Ini bermakna
proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.
Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran
yang bertugas di bahagian
menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada
percubaan dari pihak Hartina
dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina
kembali, cuba lengahkan.
Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya
tetap mengecewakan. Hal
yang saya tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika proses
pertukaran tidak berlaku
tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman
lelaki Indianya lebih
cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak , saya telah
melakukan dengan sedaya
upaya saya , tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal
tadi, saya melakukannya
seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh
kerjasama kepada saya
sekeluarga.
Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar
kewibawaan saya. Ketika
Pegawai Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh
berbuat apa-apa", saya terus naik ke
tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa
Hartina masuk ke bilik dan
menguncinya dari dalam. Kemudian lelaki itu berdiri di
hadapan pintu sambil mencekak
pinggang. Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk
Hartina, tetapi leaki India
terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.
Saya bersuara dengan
lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan
selepas itu dia boleh
mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan
rumah saya di Seri
Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang
beberapa kali , tetapi
lelaki India itu diam sahaja.Tidak lama kemudian dia
bersuara dalam bahasa Tamil
dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.
Katanya: "kalau hendak
mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong
kamu?" Sambil itu dia mengutuk
Islam
dengan kata-kata yang
lucah. Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang
terlibat, tetapi mungin ada dalang di belakangnya. Ketika
dia menghina Islam, saya
tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati
saya benar- benar panas,
saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya
tidak sedar yang pisau itu
saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak
menghiraukan polis yang ada di
belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya
untuk mendapatkan kebenaran
pecah pintu untuk membawa Hartina ke balai. Polis itu
terkejut dan segera menahan
darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan
membawanya turun ke bawah.
Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept
1996 dengan jaminan
RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September
saya tidak ke mana-mana lagi
, hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula
berniaga. Kegiatan saya
selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja.
Kebetulan pada 1 Disember 1996
Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya
dan minum betul-betul di
hadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?.
Saya mula berniaga jam 6.00
petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang
ketika itu berumur 14
tahun . Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate
saya, lebih kurang empat
atau lima meter di hadapan saya, saya nampak mereka semua
sedang minum. Saya
meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya
(Hartina). Tujuan saya adalah
untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi. Mana tahu jika
hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai ,
Hartina bangun , seorang
demi seorang
kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya,
saya berpatah semula ke gerai saya untuk mengambil parang
untuk mempertahankan diri.
Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu .
Lelaki yang bertubuh
besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang
sememangnya ada penyakit
jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan. Saya jatuh
tersungkur. Selepas itu
kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada
yang menendang, memijak ,
menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya. Ada
juga yang melemparkan batu
ke arah saya. Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga
untuk melawan.
Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital
Kampar. Dari Hospital
Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital
saya nampak ada seorang
polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya
, tetapi rupa- rupanya
mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya
disabit melakukan jenayah di
atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.
Saya menyoal polis itu:
"Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari
Kuala Lumpur semata-mata untuk
minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat
oleh Hartina itu, keluar saja
dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam
lokap selama lapan hari.
Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke
rumah dahulu. Bila saya
masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan
dua hari sebelum saya
ditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang,
Yazit telah bertindak
mengambil parang dan membelasah orang-orang Rajeswaran.
Itulah kasih anak, dalam usia
14 tahun sanggup
menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.
(En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata) .
Selepas sembilan hari kami
dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang. Selepas itu
saya hanya berehat sahaja
dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun
saya berehat di rumah, saya
terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan
maklumat mengenai perkembangan
Hartina dan Rajeswaran.
Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari
Mahkamah yang telah menetapkan 4
Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi
ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu,
iaitu pada 20 Mei 1998
pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.
Maknanya sejak dari Mac 1996
Rajeswaran tidak kena apa- apa tembakan pun, tiba-tiba pada
20 Mei iaitu selepas
tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas
apa yang mereka lapor
sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke
atasnya, orang pertama yang
disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah
ditahan sekali lagi di Balai
Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998. Saya diheret
bersama Yazit yang turut
juga disyakki. Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh
terlibat sedangkan ketika
itu usianya baru 16 tahun. Jika benar saya melakukan,
takkanlah budak seusia Yazit
yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.
Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya.
Sebenarnya sebelum kejadian itu
polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak
lagi melakukan kekecohan
dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.
Saya ikut nasihatnya,
tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang
belakang. Takkanlah saya
tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak
berkuasa, saya hanya
menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,
Yazit telah dipaksa
mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.
Selepas seminggu Yazit
dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu. Segala
akuan saya disiasat. Mereka
bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya
bayar untuk mengupah
penjenayah itu. Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak
tahu apa-apa. Mereka
memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah
melihat Yazit diseksa dengan
teruk. Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada
melakukannya kerana sudah
tidak
tahan dipukul dengan
teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk,
segala yang benar menjadi palsu dan pekara palsu menjadi
benar. Saya tetap tidak
mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di
bicarakan. Selepas dua minggu
saya di bebaskan, sehingga kini ia masih dalam kes.
Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang
dialami oleh kami
sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,
bahkan ianya lebih bertujuan
sebagai pengajaran dan panduan kepada orang lain. Apa yang
saya harapkan agar tidak
ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa
Hartina, anak saya itu. Sebelum
tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya
timbul persoalan, kenapa
begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang
melalui segala ini?
Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat
125 saya beristighfar. Ayat
yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendakki oleh Allah,
akan dibuka pintu hatinya dan
sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan
disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara
telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai
salah satu daripada rukun
Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah.
Itulah caranya saya
memujuk hati saya. Harapan saya sekarang ialah agar Hartina
kembali kepada Islam.
Dunia ini luas,
duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia
kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi
cukuplah penderitaan dan
penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.
agaknya mamat yang tolong tukarkan nama minah tu adalah penyokong pembangang kot? sebab tu nampak kacang saja muslimah tukar nama kepada kafirani?
BalasPadamnampaknya si mamat ni tak ubah macam "khaliq geraje", iaitu bersimpati tak kena tempat dan tak gena gaya. sebijik macam omputeh nak jadi hero bodowood.
Mari lh rapatkan saf kita x kira apa pon fahaman politik kita. Kami anak muda x mahu diwaris kan dgn negara islam liberal spt indon. Sdangkan ktika ini pon iman dan akidah kami masih tkontang kanting dgn hiburan duniawi, ini kan pula jika ditambah dgn fahaman liberal.
BalasPadam