Memaparkan catatan dengan label wahhabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wahhabi. Papar semua catatan

Rabu, 3 Ogos 2011

Siapa tokoh ilmu sesat


Sejarah Ringkas Kaum Mujassimah-

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan kesyukuran adalah milik Allah, selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat serta mereka yang mengikuti perjalanan hidup baginda hingga Hari Kemudian.


Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.