Jumaat, 19 Ogos 2011

Mat Sabu Merapu Hasut Rakyat Jangan Percaya UMNO kaki gomo


Kuat Lelong Kain Buruk

Mat Sabu seperti mabuk daun ketum setelah parti PAS dicalit dengan isu geraja yang sememangnya PAS sudah di persoalkan oleh pengundinya, apabila Khalid Samad bertindak menjadi hero membela satu persatu isu tersabut
Akhirnya Mat Sabu menyeru orang ramai agar tidak mempercayai propaganda yang kononya dari media pro UMNO.

Kebodohan Mat Sabu terserlah apabila dia mengatakan segala gembar gembur adalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang piliharaya umum 13




Begitulah Mat Sabu yang bijak bermain kata tetapi tidak bijak untuk menginggati satu peristiwa yang dia sendiri tahu telah berlaku dalam PAS pada tahun 1987 pada 7 hb ogos,  PAS melalui Khalid Samad di parit Amal Johor telah membuat kenyataan Seluruh Malaysia akan dikeristian selewat-lewatnya 2000
Dan hari ini Khalid samad telah mengadakkan pusingan “u” kononya Islam tidak mengajar umatnya menceroboh rumah Ibadat orang lain,jadi pada masa itu adakah Islam mengajar Khalid samad agar menyebarkan pekara yang tidak benar dan boleh mendatangkan kegusaran pada orang-orang Islam

PAS juga melalui Yusof Rawa mendakwa 66.000 orang melayu telah meninggalkan Islam,apabila JAIS melakukan penegahan agar tidak terjadi sesuatu  seperti yang didakwa oleh PAS sendiri pada tahun 1987,akhirnya PAS mempersoalkan tindakkan tersebut,Mengapa ia terjadi? Jawapannya kerana pada masa itu DAP belum lagi memeluk parti PAS seperti sekarang

Pada  pertengahan tahun 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat telah menubuhkan Jawatakuasa Bertindak Anti Keristian dan telah melancarkan kempen penerangan seperti seminar-seminar rapat umum.dan penyebaran risalah berkaitan isu kristianisai,ini disusuli satu perhimpunan Menentang Kristianisasi yang mereka adakan di Sitiawan perak pada 29 ogos 1987 pada perhimpunan itu Mat sabu lah yang menyebar bahawa seramai 10,000 orang melayu telah dikeristiankan,tapi kini Mat sabu telah melarang orang ramai menerima propaganda yang sewaktu dengannya,ini semua bukan kerana lain,kerana jawatan yang dia sudah rasai sekarang,jika dahulu beliau hanyalah tokoh pemuda pas yang sedang mencari kedudukkan,dan kedudukan itu sudah dia perolehi,namun apa yang dilakukan dahulu tidak lagi seperti sekarang..retorik-retorik!!!!

Kini Mat Sabu mula mahu dilihat dialah insan yang melakukan keadilan kepada semua kaum dan agama,kanapa tidak dari dulu?..fikirlah !!! kalau ada akal
Dengan menyentuh isu tukar cuti pada hari Ahad juga Mat sabu menuduh Umno tidak ikut Islam,kebodohan inilah yang mat Sabu harus inggat adakah PAS benar-benar mahu hari Jumaat menjadi hari minggu,soalnya PAS sendiri juga tidak cuti hari Jumaat dinegeri yang cuti hari Ahad,,,Alasan apa!!!! Takkan mahu terus beralasan
Jadi Mat Sabu kena usulkkan Selangor cuti hari Jumaat kerana PAS ikut cara Islam,tetapi pemimpin PAS Selangor juga berkerja hari Jumaat,takut kat DAP ke??? Kalau berani cubalah!!!

Jadi rakyat Malaysia tak perlu percaya pada PAS ,apa lagi orang seperti Mat Sabu yang entah berapa kali sudah munafik.bukan sekadar berbohong berada dengan bini orang dalam bilik hotel,malah berapa banyak lagi pembohongannya
Mat Sabu kata;dia ingat dahulu dia telah mendedahkan dalam ceramahnya tentang orang melayu yang dikeristiankkan dan dia dedahkan ada padri berbangsa melayu tetapi dia dia kena ISA
Mari lihat apa yang pas buat pada masa itu:PAS telah memasang sebidang kain pemidang  di Pekan Sitiawan berbunyi”Ceramah Dan Perhimpunan Menentang Keristianisasi” dan DAP telah buat laporan polis kerana kata-kata dikain pembidang boleh menimbulkan penghinaan terhadap keagagamaan pihak membaca kain pemidang tersebut

Sekarang ini kenapa Mat Sabu tidak melakukan hal yang sama,adakah Mat sabu bersetuju dengan gerakkan pihak kristian gereja DUMC menjalankan usaha memurtad orang-orang Islam yang 12 orang yang berada dalam gereja DUMC ketika JAIS buat pemeriksaan.Tak gantung kain pemidang pun!!????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan