Sabtu, 13 Ogos 2011

Pembangkang juga kaki haru biru kaki gomo


Pembangkang Juga Raksaksa Memakan Bangkai


Keris Jentayu-Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu Malaysia.pertama-tama marilah kita bersyukur kepada Allah swt,kerana dengan kemurahan-Nya memberi segala nikmat kepada makhluk-Nya,Solawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw
Dalam meniti kehidupan yang serba mencabar ini,manusia tidak dapat bertahan dengan berbagai cobaan,baik dari kedudukkan,harta benda,yang sering dikejar oleh hawa nafsu yang sering menyelimuti diri,kerana ini umat islam hari ini tidak mahu menoleh sedikitpun kepada hari yang telah berlalu,padahal yang berlalu itu adalah  sejarah walaupun ia tidak di bukukan sebagai rujukkan,apa yang perlu dinggat oleh umat hari ini .setiap apa yang kita lakukan hari ini akan dibaca oleh anak cucu kita melalui kesan-kesan kelakauan dan perangai orang-orang terdahulu sebagaimana kita menyanjung pemimpin-pemimpin di era nenek moyang kita
Hari ini kita telah dihidangkan dengan berbagai kerenah dari pemimpin sehinggalah serendah-rendah kedudukan dalam masyarakat,ini semua berlaku bukan kerana lain,melainkan kuasa dan harta
Hari ini Keris Jentayu di aju satu soalan ,kenapa orang islam hari ini berpecah  dan sanggup mempertahankan orang bukan Islam dari mempertahankan orang yang berakidah yang sama?

Tulisan kali ini Keris Jentayu ingin menceritakkan bilakkah perpecahan umat islam berlaku? Dan persoalan mengapa orang islam sanggup memepertahankan orang bukan islam,rasanya Keris Jentayu akan buat artikel lain.Kali ini Keris Jentayu cuba buka  sedikit sejarah silam di zaman kewafatan Nabi Muhammad saw
Berlakunya perpecahan pada umat Islam ia bermula sebaik kewafatan Rasulullah SAW,Bila ada pihak-pihak yang menolak kepemimpinan Khalifah Abu Bakar .disinilah bermula kenampakan belang-belang penetangan sehingga ada yang kembali kepada anutan nenak moyang iatu murtad
Harsus di ketahui ! bahawa manusia mampu dikuasai oleh sayaitan pada bila-bila masa,samada berdiri dan duduknya diri kita ini,kecuali mereka yang benar benar taqwa dengan segala suruhan Allah dan rasullnya
Oleh itu tidak melencong dari akidah, jika Keris Jentayu mengatakan,Selagimana diri kita yang mengaku beriman kepada Alllah,namum kebersihan jiwa tidak dititik berat sebagai mana kehandak pegangan islam,ia tetap akan menyeleweng dan selagi itulah   manusia mampu dikuasai syaitan,dengan sendirinya  perpecahan tetap berlaku.
Sebagaimana yang diketahui umum Syaitan berjanji memporak-perandakan seluruh keturunan Adam agar melakukan kemusnahan dan kerosakan di muka bumi akibat perpecahan.
Rasulullah SAW pernah memperkatakan mengenai perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis diriwayatkan Tirmizi bermaksud: “Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan orang Nasrani juga berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73 golongan.” Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan akan memasuki syurga, sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka.
Renungilah hadis diatas,hari ini umat islam masih berpecah belah dengan menyibukkan diri untuk mempertahankan kuasa yang ada dalam politik duniawi, biarpun ukhrawi dan duniawi disuruh seiringan namun ada pula yang tidak sanggup mempertahankan kebenaran sehingga sanggup pula dipecat dari kedudukkan yang mereka sandang,inilah sebenar kuasa kebendaan telah meresapi jiwa-jiwa anak turun Adam sejak dari dulu lagi .Golongan yang di sebut dalam hadis itu golangan masuk syurga hanya ada satu,tetapi tahukkah umat islam hari ini mereka berdiri dilandasan yang mana.kalau faham mengapa berpecah belah???
Akhirnya timbulah suku sakat,puak yang mengaku perjuangan mereka lebih islam dari yang lain,padahal pemandangan mata kasar dari orang yang berfikir,dalam suku sakat dan puak tersebut juga berpecah belah,dan ahli keluarga terdekat dan jauh, tak mustahil ada yang berkerja dipermis-permis jual arak,namun mereka sibuk dengan rakyat 28.3 juta dinegara ini,Apakah mereka faham yang mana dahulu mesti diperbetulkan.Adakah yang dekat dahulu atau yang jauh dahulu patut diperbetulkan? Kalau pakaian,mestilah yang dipakai sendiri itulah perlu dijahit dahulu koyaknya.
“Kerana munafik itu tidak terkecuali kepada siapa mereka”
Inilah akibatnya jika tidak mahu bersatu diatas bendera kalimah tauhid,sebaliknya menyibukkan diri mengajak orang lain bersatu diatas bendera politik duniawi  yang kian caca marba
Faktor utama menyebabkan perpecahan umat Islam ialah perebutan kuasa pemerintahan. Islam agama universal yang mementingkan perpaduan berdasarkan kepada satu matlamat iaitu mencari keredaan Allah.bukan mecari matlamat yang boleh menghalalkan cara
Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 92 bermaksud: “Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”
Allah dan Rasul-Nya tidak reda kepada sebarang bentuk perpecahan. Banyak ayat al-Quran dan sunnah yang menyebut mengenai pentingnya menjaga perpaduan ummah dan mengelak sebarang perpecahan.
Menolak perpaduan dibawa oleh Islam samalah seperti menolak rahmat Allah. Allah menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada mereka yang mementingkan ikatan persaudaraan dan menjauhkan persengketaan.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW mengambil pendekatan menyatukan seluruh puak dan keturunan dengan satu piagam seluruh umat Islam adalah bersaudara.
Hubungan dengan bukan Islam yang tidak memusuhi Islam dihormati sebagai jiran, rakan dan rakyat yang tetap mendapat hak mereka.
Manakala berhubung rapat dengan orang-orang bukan islam yang sentiasa mengoda anak-anak umat islam agar terppedaya dengan kemurtadan pula sanggup dipertahankan, sehingga dibekas yang sama sanggup pula buat kenduri dengan kehandak masing-masing
Hari ini berlaku kepincangan demi kepincangan dalam pentadbiran kerajaan,namun ia boleh diperbetulkan jika mahu sama-sama perbetulkan,sayang seribu kali sayang ,'kempulan yang Nampak kepincangan ini bukan untuk perbetulkan sebaliknya mereka mengambil kesempatan  menunjulkan diri dengan sikap tidak puas hati atau merasakkan mereka lebih baik dari yang mentadbir Negara sekarang  untuk berkuasa,padahal mereka juga raksasa yang memakan bangkai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan